Pengenalan Tentang Syarikat DISB

Diana Industries Sdn. Bhd. (DISB), telah ditubuhkan pada 26 April 2002 dibawah Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965 dengan 100% Bumiputera.

Matlamat DISB adalah untuk membantu golongan bumiputera supaya lebih berbudaya saing serta dapat meningkatkan kemajuan negara dan menjana pendapatan yang stabil, terutama dalam bidang kosmetik.

Kini DISB telah menjangkau lebih dari 8 tahun dan telah menjadi sebuah syarikat yang kukuh. DISB juga telah mendapat pengiktirafan sebagai syarikat yang mempunyai sijil GMP (Good Manufacturing Practice) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana, DISB amat menitik beratkan perkara yang berkaitan dengan kualiti produk, proses pembungkusan dan servis yang terbaik kepada setiap pelanggan serta menawarkan harga yang berpatutan.

Dengan adanya tenaga pekerja lebih dari 20 orang, DISB berupaya memasarkan produk-produk kecantikan, produk untuk kegunaan spa, serum, skrub garam mandian dan yang paling utama ialah sabun kecantikan dengan lebih efektif. DISB juga mampu menghasilkan produk kecantikan yang ditempah khas oleh pelanggan (OEM). Kesemua produk ini telah dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan tradisional, herba dan teknologi yang terkini, mengikut piawaian pemasaran ASIA.

Selain dari pengilang kosmetik, DISB juga telah mencuba satu perniagaan baru seperti contoh, menghasilkan "Minuman Tenaga". Dari penyelidikan, DISB telah menjadi syarikat yang pertama menghasilkan minuman bertenaga tanpa karbonat di Malaysia. Semua sumber daya yang digunakan adalah ramah lingkungan.

Tuesday, February 8, 2011

Falsafah DISB

  • Integriti dan ketulusan
  • Tiada kompromi
  • Sokongan kepada pelanggan
  • Menggunkan bahan asas kosmetik yang semulajadi
  • Perubahan dari masa ke semasa
  • Memberi yang terbaik 
  • Tidak melanggar undang-undang yang ada

No comments:

Post a Comment